Wednesday, 28 September 2016

DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN  ISLAM
TAJUK:
*                            PERAYAAN-PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN
                    SEMANGAT  PERPADUAN DI KALANGAN KAUM DI MALAYSIA.

# BINCANGKAN PERANAN ANDA SEBAGAI GRADUAN POLITEKNIK

                NAMA PENSYARAH:
·                                                                                            PUAN SURIA EMBONG

                NAMA AHLI KUMPULAN:

·                                                            AHMAD AZIQ AKMAL B MUHAMAAD SHAH (12DEE14F1047)
                               AMIRUL SYAFIQ BIN AZMAN                     (12DEE14F1020)
                               MUHAMMAD AZIF HAFIZI BIN MUFTI         (12DEE14F1014)
                               MUHAMMAD ASHRAAF BIN AZMI               (12DEE14F1012)





                                         Sesi JUN 2016


ISI KANDUNGAN



ISI KANDUNGAN


BIL. MUKA SURAT

PENGENALAN

2

ISI

3-8

KESIMPULAN

9

RUJUKAN

10

LAMPIRAN

11-17

               

PENGENALAN
     
     Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.

     Seterusnya, dengan adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat . Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakuakan bagi memupuk dan menyemai  agar perpaduan dan keharmonian terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.

      Dalam perspektif lain, Malaysia merupakan negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian, perindustrian, sukan dan lain-lain. Hal ini membolehkan, Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian kaum utama iaitu Malayu, Cina, India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat serta hubungan sosial yang kukuh membolehkan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura. Tambahan pula, kejayaan negara Malaysia bagi mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum serta hubungan sosial budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan bukan sahaja dapat dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa jua situasi yang berbeza. Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi mengekalkan keharmonian budaya di Malaysia.





ISI - ISI

Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Oleh sebab itu, pelbagai perayaan yang boleh diadakan di Negara ini kerana kaumnya yang berbilang bangsa itu. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan peri pentingnya perpaduan bak kata pepatah ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannya, apakah peranan kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi untuk mewujudkan semangat perpaduan kaum di Negara ini?



Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di Negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak institusi pengajian tersebut misalnya di politeknik mahupun universiti swasta atau kerajaan. Pelajar harus menyokong cadangan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan pelajar khususnya pada graduan Politeknik. Dengan adanya pelajar yang memupukkan semangat berbilang kaum pada peringkat awal dan didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi maka usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.

Tambahan pula, di sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi swasta mahupun kerajaan, pelajar yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul, bergurau dan sebagainya semasa melakukan aktiviti-aktiviti semasa proses P & P ataupun kokurikulum. Dengan cara ini mampu membentuk generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu dapat dilahirkan di negara kita. Selain itu, menerusi sukatan Pengajian Malaysia dan Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam khususnya, keharmonian dan sosial budaya dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Dengan ini, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan pepaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak di sesebuah institusi tersebut.



Selain itu, mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya di tempat institusi tersebut semasa hari perayaan. Dengan adanya hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar itu sendiri. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk sifat saling bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka mahupun jamuan raya, pelajar-pelajar boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekaligus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di Negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain, Selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Malaysia. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka serta mengeratkan hubungan silaturahim antara budaya di Malaysia. Oleh itu, rumah terbuka atau jamuan raya yang diadakan pada setiap kali perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat dan pelajar.

Seterusnya, perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkn dengan kebudayaan, semua pelajar boleh menerimanya tanpa wujud prasangka negatif. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan , akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh pelajar Melayu, tarian kipas ,tarian singa dan tarian piring oleh pelajar Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh pelajar India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mengenal tarian tersebut. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di Negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenal antara satu sama lain kerana bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Dalam pada itu, masyarakat khususnya graduan intitusi pengajian tinggi haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum terutama di tempat pengajian. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dengan sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi dan di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Caranya, anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda yang lain.

Apabila golongan muda terutamanya graduan politeknik dan institusi lain menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Oleh itu, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Walaubagaimanapun, dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting dalam memupuk hubungan sosial ketika kecil.Oleh yang demikian, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum.

Menilai dari sudut perspektif yang berbeza, perpaduan memerlukan nilai holistis dalam diri setiap warga yang sedar ia memberikan roh kepada negara bangsa ini. Andainya perayaan ini boleh dikongsi bersama dan merasakan ada rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan dan memberi makna kepada diri setiap individu terutamanya graduan institusi pelajaran tinggi dan pelajar sekolah. Perayaan merupakan kunci perpaduan tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia juga berjiwa petriotisme dan nasionalistik wujud dengan sendirinya berpandukan prinsip dalam rukun negara dan perlembagaan yang mempertahankan nilai ini dan dokumen kebal negara. 

Mengimbau kembali sejarah Malaysia tedahulu, sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan perayaan hari kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan perayaan tersebut pada setiap tahun termasuklah sekolah, politeknik dan intitusi pegajian tinggi lain akan mengadakan sambutan perayaan tersebut. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat dan di institut pengajian tinggi terutamanya golongan graduan di IPTA dan IPTS serta pelajar-pelajar sekolah dengan wujudnya  pelbagai kaum di Malaysia. 

Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tidak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,  hendaklah direnungi oleh setiap warganegara Malaysia terutamaya anak anak muda di politeknik dan institusi lain agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Kajian masalah agama dan budaya sudah tidak asing lagi di kehidupan manusia. Walaupun peristiwa perubahan sosial telah mengubah orientasi dan makna agama, hal itu tidak berhasil perubahan ekosistem dari segi agama dalam masyarakat dan para graduan intitusi pengajian tinggi terutama politeknik. Sehingga kajian tentang agama dan budaya selalu akan terus berkembang dan menjadi kajian yang penting. Hal ini kerans sifat universal agama dan budaya dalam masyarakat, maka kajian tentang masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat agama sebagai salah satu faktornya ialah budaya. Seringkali kajian tentang politik, ekonomi dan perubahan sosial dalam suatu masyarakat melupakan pentingnya agama sebagai salah satu faktor keharmonian dalam sosial budaya. Oleh itu, tidak hairanlah jika hasil kajiannya tidak dapat menggambarkan realisasi sosial yang lebih lengkap. Maka, masyarakat secara umumnya perlu sedar dan saling menghormati agama masing-masing.

Dari sudut pandangan yang berbeza, pentingnya mempelajari kehidupan manusia ini terutama di rujuk dalam Al-Qur'an apabila membincangkan konsep-konsep keagamaan terutama negara Malaysia yang penduduknya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. Al-Qur'an seringkali menggunakan "orang" untuk menjelaskan konsep ketaqwaan. Misalnya, untuk menjelaskan tentang konsep takwa, Al-Qur'an menunjuk pada konsep "muttaqien", untuk menjelaskan konsep sabar, Al-Qur'an menggunakan kata "orang sabar" dan seterusnya.

Dengan merujuk pada kitab Al-Qur'an yang sedemikian sesungguhnya, konsep-konsep keagamaan itu merangkumi perilaku manusia tanpa mengira agama. Oleh sebab itu, pemahaman konsep agama terletak pada pemahaman setiap individu itu sendiri. Dengan ini, pentingnya soal keagamaan dalam konsep saling memahami antara agama masing-masing dan hormat menghormati sesuatu agama.

Intihanya, memandangkan negara Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan adat resam yang berbeza maka terdapat pelbagai pandangan dan perspektif yang berbeza dalam kalangan masyarakat melayu khususnya. Hal ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai perayaan pada setiap tahun. Perayaan besar seperti hari raya puasa, hari raya haji, tahun baru cina, hari deepavali, hari natal, hari gawai, dan hari keamatan di Sabah disambut oleh semua masyarakat di Malaysia. Dalam konteks Malaysia, ucapan selamat yang diberikan oleh umat islam kepada masyarakat bukan islam ketika sambutan perayaan mereka adalah diharuskan dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau kufur.

                    KESIMPULAN

Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.


Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di Negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di Negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah sama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Kesimpulanya, pentingnya budaya dan saling hormat menghormati dalam mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya ketika sambutan perayaan kaum masing-masing. Hal ini kerana, budaya serta nilai hormat menghormati ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, serta status seseorang. Dalam Al-Quran dengan jelas mengesa supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang terdapat dalam surah al-isra’ ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormati orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat dalam diri, maka terbantuklah budaya saling menghormati, seterusnya masyarakat dapat bersatu padu dan harmoni.



      RUJUKAN
        Buku Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam, tahun 2016 edisi 1, terbitan oxford 
   

                                         LAMPIRAN

VIDEO PERAYAAN KAUM MELAYU




VIDEO PERAYAAN KAUM CINA






VIDEO PERAYAAN KAUM INDIA






GAMBAR KEPELBAGAIAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA











 JENIS-JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA



SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


 SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 

 SAMBUTAN DEEPAVALI

SAMBUTAN HARI GAWAI


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN



    PERINGKAT SEKOLAH



      PERINGKAT NEGARA


        PERINGKAT IPTA/IPTS


 AMALAN ZIARAH-MENZIARAHI


HARI RAYA AIDILFITRI

TAHUN BARU CINA



 KERATAN AKHBAR







         CONTOH HADIS


No comments:

Post a Comment